Friday, 9 May 2014

Stop minum berdiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Haishh rasa dah lama tak update blog .. so hari ni terbuka hati nak buat entry baru .
Straight to the point ~~
Hari ini ika nak share pasal orang2 yang minum berdiri . Harap entry kali ini dapat memberi sesuatu kepada anda semua . Peringatan buat diri sendiri dan orang lain . In Shaa Allah :)



MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:
"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,
"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).
Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.
Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.
Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!
Indahnya Islam jika penuh dengan adab.
Assalamualaikum :)

Monday, 10 March 2014

PRAYFORMH370


Sampai sekarang tak boleh berhenti berfikir pasal kehilangan pesawat MH370 . masuk hari ni dah 3 hari pesawat ni hilang tanpa meninggalkan sebarang petunjuk .  
Siapalah kita untuk melawan takdir . Apapun samalah2 kita berdoa dan meminta pertolongan dari ALLAH. Allah berkuasa atas segala galanya . Tidak ada yang dapat menandingi kekuasaannya . 

Doa merupakan senjata mukmin . 

Semoga urusan mencari dan menyelamat oleh pihak tertentu dipermudahkan dan mereka ditemui semula . semoga allah tabahkan dan sabarkan hati keluarga penumpang .. INSYA ALLAH !

Diharap dengan apa yang terjadi kita dapat berfikir sejenak akan kebesaran ALLAH ..

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya .

Friday, 7 March 2014

PERSAHABATAN

ONE AND ONLY . SHAiZAF !

bulan ni dah masuk bulan mac . ini bermakna keputusan spm lagi beberapa minggu je dah nak keluar . macam macam perasaan ada . takut excited nervous semua dah bercampur baur . rasanya spm keluar 20 mac 2014 . sehari selepas ulang tahun aku , 19 mac 2014 .. tak sedar dah 18 tahun dah . rasanya macam baru semalam je sekolah . 

sekarang ni memang rindu nak luangkan masa dengan kawan kawan dekat sekolah terutama sekali SHAiZAF . rindu nak study sama sama after school. kadang sampai ke  petang stayback. rindu nak pergi makan dekat kantin , kedai mek , rindu nak rehat sama sama . rindu nak pegi beli ice blended, cendol ,abc . rindu nak pergi perhimpunan . tiap tiap hari isnin mesti cuak sebab salah sorang daripada kami akan baca ikrar dekat depan dewan . hahah . rinduuuuuuuuu !

SHAiZAF , gabungan nama nama kawan baik ika dari form 1 dulu tahun 2008 . kak long kami namanya NUR AIMI ALIA , yg kedua NOOR ZARIANA , pastu ika , NURUL ADHA , SITI NUR SHAFIKA dan yang paling bongsu FATIN NUR AFIFAH . dah 5 tahun kami berkawan . kira dah boleh kenal perangai sorang sorang . satu macam ni satu macam tu. yang penting dorang semua yang mengajar ika erti persahabatan .


LOVE THEM TO THE MOON AND BACK !

ika nak kongsikan beberapa situasi tentang persahabatan . c&p dari facebook .

dalam persahabatan , kita ada ramai kawan dengan pelbagai karakter.

dan kita akan temui dua karakter biasa ini :

1. kawan yang 'angin'. suka marah marah walaupun kesilapan kecil, apatah lagi kesilapan besar dan tutur bahasanya agak kasar.

2. kawan yang lembut. jarang atau tak pernah marah dengan kesilapan kecil dan besar. tutur bahasanya baik.

bila kita buat silap pada kawan karakter satu (angin), dan kita dimarahi olehnya, hati dan minda kita dengan pantas berkata,

"oh dia ni memang macam tu, angin sikit. mulut 'laseR'. tak ada apa lah..."

tapi bila kita buat kesilapan yang sama, pada kawan karakter dua (lembut), dan ditakdirkan pada hati itu dia marah kita ecara hikmah dan bersebab, hati kita berkata,

"eh...eh...dia ni pahal? naik angin pula tiba tiba. selalu okay je.. tak boleh cakap baik baik ke ? ntah pape.."

bahkan kita pula yang marah dia balik. nampaktak kelemahan kita disitu?

kita bersikap berat sebelah. sedangkan dengan kesilapan yang kita buat, selayaknya kita dimarahi atau ditegur dengan berhikmah oleh kawan yang lembut, namun kita pula yang marah padanya.

kita ambil kesempatan padanya kerana sifat lembut dia selama ini.

bila si pemarah marah dengan kasar, kita tabahkan untuk terima. tapi bila si lembut marah dengan hikmah , kita pula yang melenting macam gunung berapi.

justeru, fikir secara rasional. kaji balik kenapa dan apa punca kawan yang lembut jadi marah.

bantu dia. bukan hina dia.

jangan berat sebelah .

ini hanya sekadar perkongsian untuk kita sama sama berfikir sejenak akan pentingnya seorang sahabat dalam kehidupan kita !

ika sayang SHAiZAF <3

HAPPY SELALU !

MODEL IN THE FUTURE ! hahah just joking

Monday, 3 March 2014

TAMAN TERGANTUNG BABYLON

THE HANGING GARDEN BABYLONE

korang pernah dengar taman tergantung babylon ? mesti lah pernah kan . at least dengar waktu belajar dalam kelas sejarah . hahah . sama lah kita ! so kali ni rasa nak post something yang boleh dijadikan ilmu pengetahuan am korang . however taman ini dah musnah sebenarnya .  cikgu faizal kata . 


Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripadaTujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.


one of the angle in the hanging garden

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.




Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.

illustration of the hanging garden  babylone

Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.

"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.

Sunday, 2 March 2014

BURGERBYTE ZIZAN DAMANSARA PERDANA DAN BANGI

jom pekena burgerbyte di petang hari bersama orang tersayang !

ok promise kali ni tak tipu. 100% burgerbyte ni memang kena dengan tekak orang malaysia . memang berbaloi. tak rugi sesen pon yang korang spent untuk makan dekat burgerbye . dekat burgerbyte ni bukan ada burger je . macam  macam , senang cerita western food berlambak dekat menu . pilih je pastu bayar lah ! haha

kalau nak dibandingkan dengan harga memang tak payah cerita la . memang berbaloi . kadang kadang kita makan makanan dekat hotel 5 star pon kita tak rasa puas makan makanan tu kan ? harga dengan makanan tu memang nampak tak berbaloi tapi tu lah kita kena faham nak bayar bil hotel tu lagi. heheheh

bila kita beli makanan dekat tepi jalan tu pun kalau sedap mesti rasa puas tu kemain lagi kan ? kalau boleh nak lagi nak lagi . macam tu lah dengan burgerbyte ni . dah tak payah cerita panjang lebor , korang tengok je lah picture kat bawah mesti terliur ! jangan jilat screen laptop sudah lah :P

siapa suka makan lamb patut cuba menu ni 


berasap asap naked burger ni . one of zizan's favourite . should try !


nachos cuma 12.80


ok ni last . meleleh tak ? haha


nora bagi 4 bintang !


mommy to be pon datang burgerbyte


hot and cool stuff


kerja kosong pun ada



ok dah . siapa dah datang burgerbyte ataupun bakal datang jangan lupa email dekat laman di atas . kalau rasa ada yang kurang atau puas hati ke apa ke email la yee  ..

Wednesday, 26 February 2014

FIRST ANNIVERSARY ZTF AND PAPERPARTY

zizan true fans lepaking with zizan di RESTORAN MILIK ABG ZIZAN di burgerbyte damansara perdana

ini kira throwback la sbb lambat post . actually this party was held a few weeks ago on 15 feb 2014 tapi tulahhh baru hari ni dpt post sbb nak selongkar gambar dulu. nahhhh ! please spotted me on the picture above. sudahhh.. nak main2 cari benda tersembunyi pulakk .. hahah .. anyway sorry sbb gambar kurang jelass sikitt .. haa .. ramai ke idok ?? tu baru sikit yg dpt join ztf lepaking dgn zizan . and for your info , ada kakak ni sanggup dtg jauh dari singapura pon ada semata-mata nak join .. nampak tak kesungguhan mereka ituu ?? tak nampak sudahh ! ika pon boleh tahan kesungguhan nak join .. jauh dari selayang baru nak join nii .. choii jauh la sgtt .. kalau nak dibandingkan dgn akak2 senior yg dari singapore tu .

kek yang tidak sempat dijamah dek kerana excited 

paperparty ini diadakan untuk tujuan membuat undian untuk ZIZAN RAZAK dlm anugerah bintang popular 2013 anjuran berita harian . zizan tercalon untuk 3 kategori termasuk online iaitu filem lelaki, komedi lelaki, pengacara lelaki dan termasuk 2 kategori online iaitu artis berpengaruh di laman sosial dan gandingan serasi dilayar perak bersama SITI SALEHA . kalau semua orang tahu zizan digandingkan dengan siti saleha dalam filem kl zombie . boleh klik sini kalau korang semua rajin . thats was a main point why we're preparing this.

so ini kalilah ZTF bersengkang nak pastikan our bro menang lagi award kalau boleh bolot semua sekali bawa balik . yesss .. ZTF akan support career ZIZAN RAZAK supaya lebih cemerlang didunia sekali di akhirat . INSHA ALLAH .



gegar lutut bila bergambar ! (nampak mcm abg dgn adik tak ) gambar ini menampakkan aku buncit

kalau kome semua nak tahu sebenarnya kedai burgerbyte dekat damansara perdana ni milik ZIZAN RAZAk sendiri . ada lagi satu dekat bandar baru bangi .. kalau nak cerita pasal burgerbyte tggu next post ! stay tune

dah boleh jadi ambassador BURGERBYTE 


BURGERBYTE BEST EVER


JOM MAKAN BURGER














Tuesday, 25 February 2014

happy birthday my craziest ffghend

keep moving forward and shine baby !

as you look back on yesterday,
may your memories be warm ones

as you celebrate today,
may your heart be filled with happiness and joy

as you look ahead to tomorrow,
may your deepest hopes and dreams come true for you !

i wish you to celebrate all the wonderful things that make you so special, not just on your special day, but on every day of the year. Happy 18th birthday to you NOOR ZARIANA BINTI KASIM who is not only gorgeous but very honest and strong too. May Allah bless and cherish your life. Thank you for being my craziest beruks for almost 4 years and hope until jannah !!
love you to the moon and back :) 

uncompleted without our kaklong !

insya allah , Allah will guide us to the right path and send you your charming prince you've been waiting for. the one who can support your career soon, the one who can guide you, the one who can change your tears to laughter, the one who can give you all his love, the one who can't live without you, the one who is not embrass to say "thats's my girl!" infront of his friends, the one who can comfort you when you're sad, the one who hugs you when you're mad, the one who is right for you. 

aminn , together we pray :)