Monday, 10 March 2014

PRAYFORMH370


Sampai sekarang tak boleh berhenti berfikir pasal kehilangan pesawat MH370 . masuk hari ni dah 3 hari pesawat ni hilang tanpa meninggalkan sebarang petunjuk .  
Siapalah kita untuk melawan takdir . Apapun samalah2 kita berdoa dan meminta pertolongan dari ALLAH. Allah berkuasa atas segala galanya . Tidak ada yang dapat menandingi kekuasaannya . 

Doa merupakan senjata mukmin . 

Semoga urusan mencari dan menyelamat oleh pihak tertentu dipermudahkan dan mereka ditemui semula . semoga allah tabahkan dan sabarkan hati keluarga penumpang .. INSYA ALLAH !

Diharap dengan apa yang terjadi kita dapat berfikir sejenak akan kebesaran ALLAH ..

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya .

Friday, 7 March 2014

PERSAHABATAN

ONE AND ONLY . SHAiZAF !

bulan ni dah masuk bulan mac . ini bermakna keputusan spm lagi beberapa minggu je dah nak keluar . macam macam perasaan ada . takut excited nervous semua dah bercampur baur . rasanya spm keluar 20 mac 2014 . sehari selepas ulang tahun aku , 19 mac 2014 .. tak sedar dah 18 tahun dah . rasanya macam baru semalam je sekolah . 

sekarang ni memang rindu nak luangkan masa dengan kawan kawan dekat sekolah terutama sekali SHAiZAF . rindu nak study sama sama after school. kadang sampai ke  petang stayback. rindu nak pergi makan dekat kantin , kedai mek , rindu nak rehat sama sama . rindu nak pegi beli ice blended, cendol ,abc . rindu nak pergi perhimpunan . tiap tiap hari isnin mesti cuak sebab salah sorang daripada kami akan baca ikrar dekat depan dewan . hahah . rinduuuuuuuuu !

SHAiZAF , gabungan nama nama kawan baik ika dari form 1 dulu tahun 2008 . kak long kami namanya NUR AIMI ALIA , yg kedua NOOR ZARIANA , pastu ika , NURUL ADHA , SITI NUR SHAFIKA dan yang paling bongsu FATIN NUR AFIFAH . dah 5 tahun kami berkawan . kira dah boleh kenal perangai sorang sorang . satu macam ni satu macam tu. yang penting dorang semua yang mengajar ika erti persahabatan .


LOVE THEM TO THE MOON AND BACK !

ika nak kongsikan beberapa situasi tentang persahabatan . c&p dari facebook .

dalam persahabatan , kita ada ramai kawan dengan pelbagai karakter.

dan kita akan temui dua karakter biasa ini :

1. kawan yang 'angin'. suka marah marah walaupun kesilapan kecil, apatah lagi kesilapan besar dan tutur bahasanya agak kasar.

2. kawan yang lembut. jarang atau tak pernah marah dengan kesilapan kecil dan besar. tutur bahasanya baik.

bila kita buat silap pada kawan karakter satu (angin), dan kita dimarahi olehnya, hati dan minda kita dengan pantas berkata,

"oh dia ni memang macam tu, angin sikit. mulut 'laseR'. tak ada apa lah..."

tapi bila kita buat kesilapan yang sama, pada kawan karakter dua (lembut), dan ditakdirkan pada hati itu dia marah kita ecara hikmah dan bersebab, hati kita berkata,

"eh...eh...dia ni pahal? naik angin pula tiba tiba. selalu okay je.. tak boleh cakap baik baik ke ? ntah pape.."

bahkan kita pula yang marah dia balik. nampaktak kelemahan kita disitu?

kita bersikap berat sebelah. sedangkan dengan kesilapan yang kita buat, selayaknya kita dimarahi atau ditegur dengan berhikmah oleh kawan yang lembut, namun kita pula yang marah padanya.

kita ambil kesempatan padanya kerana sifat lembut dia selama ini.

bila si pemarah marah dengan kasar, kita tabahkan untuk terima. tapi bila si lembut marah dengan hikmah , kita pula yang melenting macam gunung berapi.

justeru, fikir secara rasional. kaji balik kenapa dan apa punca kawan yang lembut jadi marah.

bantu dia. bukan hina dia.

jangan berat sebelah .

ini hanya sekadar perkongsian untuk kita sama sama berfikir sejenak akan pentingnya seorang sahabat dalam kehidupan kita !

ika sayang SHAiZAF <3

HAPPY SELALU !

MODEL IN THE FUTURE ! hahah just joking

Monday, 3 March 2014

TAMAN TERGANTUNG BABYLON

THE HANGING GARDEN BABYLONE

korang pernah dengar taman tergantung babylon ? mesti lah pernah kan . at least dengar waktu belajar dalam kelas sejarah . hahah . sama lah kita ! so kali ni rasa nak post something yang boleh dijadikan ilmu pengetahuan am korang . however taman ini dah musnah sebenarnya .  cikgu faizal kata . 


Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripadaTujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.


one of the angle in the hanging garden

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.




Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.

illustration of the hanging garden  babylone

Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.

"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.

Sunday, 2 March 2014

BURGERBYTE ZIZAN DAMANSARA PERDANA DAN BANGI

jom pekena burgerbyte di petang hari bersama orang tersayang !

ok promise kali ni tak tipu. 100% burgerbyte ni memang kena dengan tekak orang malaysia . memang berbaloi. tak rugi sesen pon yang korang spent untuk makan dekat burgerbye . dekat burgerbyte ni bukan ada burger je . macam  macam , senang cerita western food berlambak dekat menu . pilih je pastu bayar lah ! haha

kalau nak dibandingkan dengan harga memang tak payah cerita la . memang berbaloi . kadang kadang kita makan makanan dekat hotel 5 star pon kita tak rasa puas makan makanan tu kan ? harga dengan makanan tu memang nampak tak berbaloi tapi tu lah kita kena faham nak bayar bil hotel tu lagi. heheheh

bila kita beli makanan dekat tepi jalan tu pun kalau sedap mesti rasa puas tu kemain lagi kan ? kalau boleh nak lagi nak lagi . macam tu lah dengan burgerbyte ni . dah tak payah cerita panjang lebor , korang tengok je lah picture kat bawah mesti terliur ! jangan jilat screen laptop sudah lah :P

siapa suka makan lamb patut cuba menu ni 


berasap asap naked burger ni . one of zizan's favourite . should try !


nachos cuma 12.80


ok ni last . meleleh tak ? haha


nora bagi 4 bintang !


mommy to be pon datang burgerbyte


hot and cool stuff


kerja kosong pun ada



ok dah . siapa dah datang burgerbyte ataupun bakal datang jangan lupa email dekat laman di atas . kalau rasa ada yang kurang atau puas hati ke apa ke email la yee  ..